BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
ahlan wasahlan..^^ jgn lupa panjatkan syukur padaNya n selawat ke atas Nabi.. you are free to share whatever you want in this blog provided that the intention is only for ALLAH..barakallahufikum.. ^____^

04 February 2014

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya


sempena sem baru, nak share tips belajar ni..moga bermanfaat.. ^__^


1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/

20 September 2013

travelog ke bumi anbiya'

Bismillah wal hamdulillah..

terdetik di hati, ingin kembali menulis..ya, menulis..menulis sesuatu yg bermanfaat untuk ummah, insyaAllah..tekad dan azam baru, akan keep updated the blog..

scroll 'blog archive'....last posted on February..oh ini bermakna dah hampir 7 bulan blog ini sepi tanpa apa2 berita..walaupun hakikatnya beribu-ribu cerita yang mahu dikongsikan..tapi dek kerana kebatasan waktu yang ada, ku simpan ia dalam memori sanubari sahaja..

dan ALHAMDULILLAH, malam ni berkesempatan menjenguk blog ini..nak kata betapa lamanya tak bukak, sampaikan terlupa apa passwordnya..haha.. -_-'

nampak tak tajuk kat atas tu?? TRAVELOG KE BUMI ANBIYA'..yee, ke bumi mesir..alhamdulillah alhamdulillah thumma alhamdulillah Allah kurniakan rezeki untuk jejakkan kaki ke sana.

bermula dari 'plan' saya dan beberapa sahabat, kami bercadang untuk ke sana untuk mantapkan lagi penguasaan bahasa arab.disebabkan kami budak jurusan undang-undang sivil dan syariah, jadi bhs inggeris dan arab perlulah seiring. Plus, saya memang 'gila'kan bahasa arab sejak dari dulu lagi. tak tahulah kenapa, tapi Allah dah campakkan rasa sayang dan cinta saya pada bahasa al-quran ini sejak pertama kali dalam hidup mempelajarinya iaitu di tingkatan 1.

kami plan nak pergi pada waktu 'shortsem' iaitu bulan 6, 7 dan 8 tahun 2012..sbb kebiasaannya kami tak ambik apa2 subjek pada waktu tersebut..maka, bercuti dan beristirehatlah kami daripada segala rutin seorang mahasiswa.huhu

setiap apa yang dirancang tak semestinya akan terlaksana melainkan dengan izin-Nya..dengan rahmat Allah Yang Maha Penyayang, segala apa yang dirancang tidak berjaya. atas beberapa faktor yang agak konkrit, kami pun membatalkan dahulu niat tersebut.

masuk sem baru, perbincangan bermula..kami bercadang untuk meneruskan plan tersebut. namun disebabkan pergolakan dan keadaan yang tidak menentu di sana, ada dikalangan kami, orang tuanya tidak menggalakkan untuk anaknya meneruskan permusafiran itu..

diringkaskan cerita, ditakdirkan Allah bertemu dgn seorang sahabat dari kos bahasa arab. kebetulan dia pun mempunyai niat yang sama. ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. alhamdulillah! saya akhirnya ada teman dan kawan untuk meneruskan impian ini. namun, ia bukanlah semudah yang dijangka. walaubagaimanapun, ingat pada kata-kata seorang abang "kalau kita betol2 niat nak pergi ke mana-mana untuk belajar lillahitaala, ALLAH pasti bantu dan mudahkan"..

walau tenggelam timbul tenggelam timbul je plan ni, tapi jauh di sudut sanubari akan aku teruskan niat mengembara ilmu ke bumi berkat itu. perkara yg paling mencabar adalah permohonan bantuan kewangan! asal kami semua dari keluarga yang sederhana sahaja, bukanlah anak seorang jutawan atau usahawan. namun sokongan dari keluarga terutamanya ibuku sangat superb..bersungguh-sungguh beliau berusaha dan sokong hasrat anaknya ini.. ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang telah berlaku, Kau balaslah segala jasa ibuku sebaik-baik ganjaranMu ya Rabb! amiin..

pahit maung sebelum berangkat aku telan tanpa mempedulikan kepentingan diri. terima kasih ya Allah kerana campakkan kekuatan ini dalam diriku..

***********
20 jun 2013

tibalah masa yang ditunggu-tunggu. tipulah kalau kata takde perasaan masa ni..yes, macam2 perasaan ada.
rasa gembira kerana impian ini sudah menempuh ke pintu gerbang masuk.
rasa sedih sebab tinggalkan ma..pertama kali berpuasa dan beraya tanpa ibu di sisi.. T_T
rasa berdebar sebab tak tahu apakah yang bakal terjadi di sana.
rasa bersalah sebab tak sempat nak inform kat kawan2 terdekat..mintak maaf semua..
rasa macam2 tapi di sebalik semua rasa itu, ku serahkan diriku pada-Nya, moga dalam rahmat dan perlindungan-Nya setiap masa.
bismillah, kami seramai 12 orang memulakan perjalanan.
sepanjang permusafiran, aku berdoa agar kembara kami diredhai dan natijahnya hanya demi keuntungan islam dan ummah.

21 jun 2013

kira-kira jam 4.30 pagi waktu kaherah, ALHAMDULILLAH, segala puja dan puji hanya layak untukMu wahai Tuhanku, kami selamat mendarat di bumi Mesir.
perkara pertama yg sangat mengujakan, waktu seawal itu, langit cerah indah tak terkata.subhanallah..


kami disambut oleh beberapa sahabat dari kalangan kami yg memang menetap dan belajar di sana.
tiada kata dan benda yang mampu kami balas buat kalian yang banyak membantu bermula dari sebelum, semasa dan selepas permusafiran ini melainkan,

JAZAKUMULLAH AFDHOLUL JAZA'  WA BARAKALLAHU FIKUM   ^__^

10 February 2013

ihfazillah, yahfazka

bismillah..




Kisah benar , yang diceritakan seorang ustazah di Radio IKIM.FM tentang Ihfazillah Yahfazka.. 
___________

Seorang ibu mengajak anaknya berhenti solat Zohor di stesen minyak,tapi anaknyakata,rumah dekat saja.Baik solat di rumah saja.Tapi si ibu selalu kata kat anaknya "Ihfazillah,yahfazka".

Walaupun dalam keadaan terpaksa,dia solat juga ikut kehendak
ibunya.Riak mukanya sangat kelihatan tidak puas hati dengan ibunya tadi.

Bila si anak ni nak melintas jalan,dia lari selaju yang mungkin,dalam masa yang sama,kereta sangat laju meluncur,
si ibu mendengar bunyi ekzos yang kuat itu.Dalam fikiran si ibu,memikirkan di mana hospital terdekat,dan akan kedengaran bunyi dentuman.Tapi,selepas berlalunya kereta tadi,tiada apa bunyi kedengaran,tiada dentuman.Si ibu tadi mencari-cari si anak.

Si anak kelihatan pucat,duduk di sebelah kereta mereka.Lalu si anak berkata.
"Ibu,saya dah lari sekuatnya,tapi,saya tahu saya tak boleh lari sekuat ni,saya seperti rasa ada sesuatu yang menolak saya hingga ke dinding.Ibu,Allah jaga saya ibu.Mujurlah saya dah solat tadi.Ihfazillah,yahfazka"

Alhamdulillah,bersyukur si ibu,ayat biasa yang diajar pada si anak,disebut si anak sendiri dengan kesedaran dan pengalaman yang dilaluinya sendiri.


wallahua'lam..moga dapat manfaat..

HAAMIDULLAH...MEMUJI ALLAH...

4 great ways of living:

1) look back and thanks ALLAH
2) look forward and trust ALLAH
3) look around and believe ALLAH
4) look within and find ALLAH

ALLAH..ALLAH..ALLAH..

*******************

" jika engkau memandang segalanya dari Tuhan mu...yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu..kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya utk sesuatu yang sia-sia?? bukan kerana Allah tidak tahu derita hatimu, retaknya hatimu, tapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang lebih lunak, mudah utk dekat dan akrab dgn Nya.." (^_^)

BINGKISAN DOA...buatmu..

Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami....
agar kemesraan itu abadi...
Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan...
dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantillah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku....
kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amiin... Ya Rabbal A'lamin. .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...